Kategori: ,

Piagam Pelanggan

Kami guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan berusaha memberi perkhidmatan yang bermutu seperti berikut:

  • Menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik secara adil
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dan menarik
  • Meningkatkan kualiti dalam pencapaian kurikulum
  • Menyediakan keperluan pengajaran dan pembelajaran dengan segera dan bermutu
  • Bertindak segera terhadap segala arahan Kementerian, JPN dan PPD
  • Layanan mesra kepada ibu bapa yang berurusan dengan sekolah
  • Berusaha memantapkan disiplin pelajar ke tahap sifar budaya negatif
  • Membimbing dan menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar ke tahap optimum
  • Mewujudkan hubungan mesra dan kasih sayang di antara guru dengan guru, guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar
  • Memberi peluang kepada semua pelajar yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum
  • Membimbing dan membantu pelajar yang berpotensi dalam bidang kokurikulum ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Menjalin hubungan mesra dengan masyarakat sekitar

Carian YES ID dan kata laluan

Sila taipkan NO KAD PENGENALAN PELAJAR sahaja. Seterusnya tekan ENTER pada papan kekunci.
Tunggu sebentar, maklumat YES ID anda akan dipaparkan.