Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar mempunyai lencananya
sendiri yang merupakan kombinasi beberapa lambang tertentu
yang memberi erti yang
tersirat. Lencana SMK Long Gafar ini dilukis pada tahun
1965 dan diubahsuai oleh Encik Zainuddin bin Abdullah, seorang guru Pendidikan
Seni pada tahun 1996.
Lambang-lambang yang mempunyai erti tersirat itu ialah roda, gulungan ijazah, gelungan rotan berkait dan moto bertulisan jawi : “Ilmu, Jaya, Bakti”.
Makna lambang-lambang tersebut adalah seperti berikut :
RODA :
Lambang
teknologi yang menjadi aspek penting
untuk mencapai kemajuan.
GULUNGAN
IJAZAH :
Puncak kejayaan yang menjadi harapan
setiap pelajar.
GELUNGAN
ROTAN BERKAIT : Sukan juga diutamakan yang
menjadi aktiviti kecergasan.
TULISAN JAWI
Ilmu :
Menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Jaya :
Kejayaan menjadi harapan setiap pelajar.
Bakti :
Setelah berjaya menuntut ilmu,
maka harapan berbakti pula kepada
agama, bangsa dan negara.